Isnin, 7 Disember 2015

GOOGLE CHROME


Microsoft Memperkenalkan Pemalam Office Online Untuk Google Chrome

  • Pada tahun ini, microsoft telah mula mengintegrasikan dan menjadikan produk mereka mesra pelbagai platform dan tidak terhad untuk windows sahaja.
  • Pada 30 Oktober 2015, mereka telah mengumumkan pengenalan pemalam office online untuk Google Chrome.
  • Melalui pemalam ini, penggunakan akan dipaparkan dengan sebuah butang office online bersebelahan dengan bar URL, pengguna boleh membuat dokumen baru menggunakan Word, Excel, PowerPoint,OneNote dan Sway - terus melalui online.



  • Pengguna juga boleh menyemak dokumen terkini mereka di Office Online yang telah disunting atau disimpan, sekaligus memudahkan lagi pengguna untuk menguruskan dokumen mereka.
  • Fungsi ini amat disukai oleh pengguna terutamanya yang menggunakan Chromebook atau mereka   yang banyak meluangkan kerja mereka menggunakan pelayar web.
  • Bagi yang menggunakan Chrome boleh memasang pemalam ini dengan percuma di Google Chrome dan seperti biasa, anda memerlukan akaun Office Online untuk menggunakannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan