Selasa, 23 Februari 2016

MICROSOFT WIFI BAKAL DILANCARKAN


Microsoft sedang merancang untuk membawa perkhidmatan WiFi kepada pengguna Office 360 setelah ia menjenamakan semula Skype WiFi kepada Microsoft WiFi.



Menurut pengasas WinSupersite, Paul Thurrot, Microsoft akan melancarkan versi korporat perkhidmatan Skype WiFi, yang dinamakan Microsoft WiFi, untuk pelanggan Office 360 Entreprise membolehkan syarikat memastikan pekerja mereka sentiasa mempunyai sambungan internet semasa keluar dari pejabat, sekaligus mengekalkan produktiviti mereka di samping memantau kos.

Bagi pengguna bukan korporat, perkhidmatan ini ditawarkan mengikut kadar penggunaan, sepertimana dilakukan pada Skype WiFi, di mana pengguna boleh tambah nilai secara online atau menggunakan kad prabayar.

Microsoft WiFi Micorsoft berkemungkinan besar akan membolehkan pengguna bersambung kepada banyak hotspot. Terdapat lebih dari 10 juta hotspot berbanding 2 juta hotspot di bawah perkhidmatan Skype WiFi sedia ada dan lebih dari 130 buah negara dan kawasan tersenarai dalam pangkalan data hotspot Microsoft.

Perkhidmatan ini dijangka ditawarkan untuk semua platform mudahalih dan desktop utama di dunia termasuk Mac OS, Android dan iOS. Tetapi ChromeOS berkemungkinan besar tidak disokong.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan