Selasa, 16 Februari 2016

TAKLIMAT TINDAKAN KAWALAN DAN PENCEGAHAN DENGGI DAERAH KLUANG 2016


Taklimat Tindakan Kawalan Dan Pencegahan Denggi Daerah Kluang 2016 anjuran Majlis Perbandaran Kluang dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kluang. Seramai lebih daripada 60 peserta terdiri daipada Ahli Majlis, JPP, Pemaju dan Jabatan Kerajan. Taklimat ini adalah susulan daripada Bengkel Pencegahan Denggi sebelum ini yang diadakan pada 2 Februari 2016 yang lepas. tujuan diadakam taklimat ini adalah :

  1. Memberikan makluman kepada wakil penduduk berkaitan status Kes denggi terkini di dalam Daerah Kluang.
  2. Memaklumkan berkaitan tindakan penguatkuasaan yang akan diambil kepada penduduk dan Pemaju yang gagal menjaga kebersihan di kawasan mereka.

Semoga dengan taklimat yang diberikan akan dapat menjadikan Kluang bebas daipada Aedes dan Denggi.



Tuan Yang DiPertua MPK, Tuan Haji Ismail BIn Abu memberikan ucapan Aluan kepada semua peserta yang hadir.


DR. Mohammad Nizam Bin Haji Subahir, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Pegawai Kesihatan Daerah Kluang memberikan Taklimat Berkaita Situasi Demam Denggi Daerah Kluang.


Taklimat oleh Y.M Tuan Raja Abu Bakar bin Raja Yahya memberikan taklimat pengawalan dan pencegahan denggi dan punca-punca masalah denggi dikawasan MPKluang.


Arkitek MPKluang, En Shahrudin bin Rosdi memberikan taklimat berkaitan Peranan Pemaju Dalam Pengurusan Persekitaran Di Tapak Bina.


Antara peserta yang hadir ke sesi Taklimat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan