Rabu, 4 Januari 2017

Papan Kekunci  (Keyboard) Logitech K375 untuk pelbagai peranti



Logitech K375 adalah gabungan papan kekunci wayarles bersaiz penuh, bersama papan berdiri khusus untuk meletakkan tablet dan telefon pintar. Ia bersambung secara wayarles melalui Bluetooth ataupun pemancar USB Logitech Unifying.

Pengguna telefon pintar android dan IOS boleh menggunakan Logitech K375 untuk menaip bersama komputer windows dan Mac. Dengan bantuan papan berdiri ini, tugasan pelbagai peranti dan komputer boleh dibuat serentak, dengan menukar sambungan dari komputer ke peranti dengan sentuhan satu butang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan