Selasa, 18 Julai 2017

Lawatan Walkabout ke Laman Kreatif Kluang


Pada 16 Julai 2017, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, YB Dato’ Haji Azmi bin Rohani telah membuat Lawatan Walkabout ke Laman Kreatif Kluang. Antara aktiviti yang dilakukan adalah peletakan Plag Green Apple Award yang dimenangi oleh Majlis Perbandaran Kluang di London pada 9 Jun 2017 oleh YB Dato’ serta penerangan berkaitan RKK . Majlis penyampaian sumbangan daripada Rakan Warisan MPK juga diadakan supaya dapat mengindahkan lagi Laman Kreatif Kluang. Majlis Perbandaran Kluang amat berbesar hati di atas sokongan daripada YB Dato’ terhadap Program Street Art di Laman Kreatif Kluang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan