Selasa, 4 Julai 2017

Wujud subjek khusus mahirkan pelajar dengan media sosial

Sudah sampai masanya kerajaan memikirkan silibus atau subjek khusus mengenai kemahiran media sosial kerana ia semakin penting. 

Kementerian Pendidikan disaran mewujudkan subjek kemahiran media sosial di sekolah sejajar dengan perkembangan pesat teknologi maklumat ketika ini.

Pegawai Khas kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor berkata, sudah sampai masanya kerajaan memikirkan silibus atau subjek khusus mengenai kemahiran media sosial kerana ia semakin penting.

Kemahiran media sosial itu penting sebab itu dapat menghubungkan kita dengan masyarakat dan hari ini kemahiran itu semakin penting kerana banyak maklumat disalur melalui media sosial.

Mungkin Kementerian Pendidikan dapat mengenalpasti satu subjek khusus agar pelajar dapat mahir menggunakan media sosial dan pada masa yang sama mahir untuk menapis berita dan maklumat yang tidak betul di media sosial.

Dalam pada itu, beliau meminta para graduan di universiti awam mahupun swasta menguasai bahasa Inggeris dengan baik bagi memudahkan mereka diterima di pasaran pekerjaan yang kian mencabar.

"Kelemahan utama graduan hari ini ialah penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah, mereka ini pandai dari segi pencapaian akademik dan mendapat pointer terbaik tetapi kemahiran berkomunikasi masih lemah dan rendah dan perlu diperbaiki," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan