Selasa, 29 Ogos 2017

KKMM Sedang Pertimbangkan Cadangan Wajibkan Portal Berita Dalam-Talian Berdaftar Dengan SKMM


Dalam usaha untuk menjadikan portal media di negara lebih bertanggungjawab dan mengelakkan pelbagai penyebaran berita kurang sahih atau tepat, kini Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang dalam perbincangan untuk mewajibkan portal berita dalam-talian untuk berdaftar dengan SKMM.

Ia dikatakan beberapa kriteria akan disediakan untuk menentukan sama ada sesuatu portal berita perlu berdaftar atau sebaliknya.

Buat masa ini, cadangan ini masih pada perbincangan akhir, dan ia dijangka dikemukakan kepada Peguam Negara menjelang penghujung tahun ini.

Hal pendaftaran portal berita ini bukan sesuatu yang baru, dan telah dilaksanakan di beberapa buah negara, termasuk jiran kita, Singapura.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan