Ahad, 8 Oktober 2017

Arab Saudi benar panggilan telefon guna internet

Arab Saudi pada hari rabu membenarkan panggilan telefon yang dibuat menerusi sambungan internet berkuatkuasa Khamis, lapor agensi berita China Xinhua.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Adel Abuhameed, semua aplikasi yang menyediakan perkhidmatan panggilan visual dan audio termasuk FaceTime, Snapchat, Skype, Telegram, Instagram dan sebagainya yang mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan, tidak akan disekat.

Oleh itu, pembekal rangkaian telekomunikasi seharusnya bergantung kepada perkhidmatan internet dan perkhidmatan tambahan lain pula untuk menjana pendapatan, katanya. Beliau juga berjanji kerajaan akan terus komited untuk menyediakan kemudahan komunikasi yang lebih mudah kepada pengguna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan