Selasa, 24 Oktober 2017

Awas! Malaysia paling terdedah kes penipuan internet

Percaya atau tidak, pengguna internet di negara ini lebih terdedah kepada penipuan dalam talian berbanding negara lain di rantau ini. Selain itu, internet boleh membuat kita leka dan berkhayal ke dunia lain.

Kajian yang dilaksanakan oleh Telenor Group merumuskan tiga jenis dan skema penipuan, kerja dari rumah, lelongan dan pencariah jodoh dan juga paling banyak dikesan di Malaysia. Setiap kes membabitkan purata kerugian RM7,050 (seorang mangsa).

Kajian itu turut mendedahkan seorang daripada 10 responden mengakui akaun Facebook mereka pernah digodam. Sejumlah 46% responden dari Malaysia juga mengakui ada rakan atau saudara mereka yang mengalami penipuan dalam talian. Seramai 400 orang responden yang terdiri daripada negara Malaysia, Thailand dan sebagainya telah terlibat dalam kajian ini.

Sementara itu, statistik daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menunjukkan 3,921 insiden penipuan dalam talian dilaporkan tahun lalu membabitkan pelbagai kes seperti curi data, skim penipuan, pembelian barangan dalam talian serta perbankan internet. Jumlah itu adalah peningkatan kira-kira 20.4% berbanding tahun 2015.

Berikut adalah tips bagi membantu anda menghindari risiko penipuan dalam talian :

1. Padam semua email yang meragukan.

2. Jangan pedulukan iklan tawaran yang tidak masuk akal.

3. Kemaskini perisian anti-malware.

4. Buat kajian mengenai kes penipuan lain.

5. Kongsikan informasi dan tips pencegahan penipuan kepada rakan dan saudara anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan