Selasa, 31 Oktober 2017

WhatsApp Memperkenalkan Perkongsian Lokasi Secara Langsung (Share Live Location)


Aplikasi mesej terkenal, WhatsApp mengumumkan satu fungsi baru untuk pengguna mereka iaitu sokongan perkongsian lokasi (share live location) bersama rakan-rakan. Kini, selain daripada ciri perkongsian lokasi biasa, pihak WhatsApp telah menawarkankan sokongan perkongsian lokasi secara langsung. Fungsi ini yang mirip seperti Facebook Live Location namun WhatsApp menawarkan durasi yang lebih lama iaitu 8 jam.

Melaluinya, pengguna boleh berkongsi lokasi semasa bersama rakan-rakan atau ahli terdekat mereka, dan WhatsApp akan mengemaskini lokasi semasa anda untuk diperlihatkan kepada siapa yang anda kongsikan untuk tempoh masa yang ditetapkan.


Untuk berkongsi lokasi secara langsung ini, anda hanya perlu memilih butang perkongsian "Location", dan seterusnya memilih "Share Live Location". Anda seterusnya boleh memilih untuk berkongsi lokasi semasa anda untuk suatu tempoh masa yang dipilih oleh anda. Fungsi ini juga boleh digunakan dalam 'group' dan semua orang boleh tahu lokasi anda secara langsung.

Fungsi ini diperkenalkan secara berperingkat untuk pengguna iPhone dan Android bermula hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan