Isnin, 9 Julai 2018

Apa yang perlu dipertimbangkan dalam memilih Internet Service Provider (ISP) yang terbaik?


1. Kontrak dan kos

Kebiasaannya perbandingan pertama yang kita akan lakukan ialah membandingkan kelajuan dan kos. Tetapi, ini tidak sepatutnya menjadi satu-satunya faktor yang dipertimbangkan dalam memilih internet service provider (ISP) yang terbaik. Faktor yang anda harus pertimbangkan juga ialah melihat pakej keseluruhan. Apakah jenis sambungan internet yang digunakan?, adakah ia disertakan dengan modem percuma? Berapa lama tempoh kontrak? dan banyak lagi.


2. Kuota data cap

Kouta data cap merujuk kepada had jumlah data yang anda boleh gunakan dalam sebulan oleh Internet service provider atau adakah kelajuan akan berkurang selepas penggunaan data tertentu.


3. Jenis sambungan yang digunakan
  • DSL (Digital Subscriber Line)
  • Fibre Optic
  • Wireless

DSL merupakan jenis sambungan yang beroperasi pada talian telefon biasa dan mencapai kelajuan 1Mbps sehingga 8Mbps.

Fibre optic merupakan jenis sambungan yang terkini yang beroperasi di rangkaian menggunakan cahaya dan mencapai kelajuan 8Mbps sehingga 100Mbps.

Wireless merupakan sambungan yang beroperasi tanpa sebarang wayar atau menggunakan 4G teknologi. Wireless tidak begitu boleh dipercayai kerana ia boleh menjadi agak tidak stabil.


4.  Ketersediaan dan akses Internet Service Provider (ISP) di kawasan anda.

Sangat penting untuk memeriksa sama ada Internet Service Provider (ISP) anda tersedia di kawasan anda. Internet Service Provider (ISP) tertentu hanya terdapat dikawasan bandar sahaja. Sesetengah Internet Service Provider (ISP) seperti TIME hanya boleh didapati di kondominium, pangsapuri atau taman perniagaan.


5. Sokongan pengguna (Customer Support)

Seberapa mudah untuk anda menghubungi customer support jika anda mengalami masalah dalam sambungan internet ? dan adakan Internet Service Provider anda menyediakan e-mel dan telefon untuk dihubungi?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan