Ahad, 1 Julai 2018

Cara melajukan kembali startup komputer anda.


Start-up komputer anda menjadi perlahan disebabkan komputer anda telah lama digunakan dan mempunyai banyak aplikasi yang dihidupkan secara automatik semasa anda menghidupkan komputer.

Cara-cara:

  •  Buka “Task Manager” dengan cara klik kanan pada “taskbar” atau tekan Ctrl + Shift + Esc secara serentak.
  • Jika “Task Manager” anda menunjukkan maklumat yang sedikit, klik pada “more detail” di penjuru bawah sebelah kiri dan jika menunjukkan maklumat yang terperinci seperti “processes” , “performance” dan lain-lain abaikan langkah ini.
  • Cari dan klik pada tab “startup” untuk memaparkan semua senarai aplikasi yang dihidupkan secara automatik.
  • Klik kanan pada mana mana aplikasi yang tidak mahu dihidupkan secara automatik semasa start up komputer dan klik “disable”.
  • Reboot komputer anda untuk menyempurnakan proses ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan