Rabu, 11 Julai 2018

Ericsson: Dijangka rangkaian 5G akan digunakan secara meluas di Malaysia menjelang tahun 2022/2023.

Beberapa negara menyasarkan penggunaan rangkaian 5G di negara mereka bermula pada tahun 2019 atau 2020 akan datang. Ericsson (Malaysia) menyasarkan rangkaian 5G ini mula diimplementasi di Malaysia dalam tempoh kurang 5 tahun lagi dan mula digunakan secara meluas di Malaysia sekitar tahun 2022 atau 2023 akan datang.

Pengenalan secara berperingkat dijangka akan dilakukan mengenai rangkaian 5G memandangkan rangkaian ini memerlukan penaiktarafan dari segi infrastruktur dan turut memerlukan peranti yang menyokongnya.

Mengenai implementasi rangkaian 5G di Malaysia, beberapa syarikat termasuk Celcom telah mula menguji dan mempelajari beberapa perkara mengenainya. Sebelum ini, Maxis telah menjadi peneraju terawal yang memperkenalkan rangkaian 4G di Malaysia pada tahun 2013 yang lepas. Bagi rangkaian 5G ini semestinya kita akan menyaksikan pelbagai syarikat akan bersaing antara satu sama lain untuk memperkenalkan rangkaian 5G ini di Malaysia.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan