Selasa, 10 Julai 2018

Risiko menggunakan public Wi-Fi


Di zaman yang semakin maju dengan teknologi ini, boleh dikatakan dimana mana tempat disediakan public wifi. Contohnya seperti di McD, lapangan terbang dan sebagainya. Tetapi tahukah anda  bahawa public wifi ini sangat terdedah dengan risiko kecurian data.

Public wifi tidak mempunyai sekuriti yang tinggi seperti wifi dan internet sendiri. Dengan cara ini penggodam yang menggunakan public wifi yang sama dengan anda dengan mudahnya mengeksploitasi peranti mangsanya tanpa batasan.

Ancaman terbesar public wifi adalah keupayaan penggodam melihat dan mencuri maklumat yang anda sedang lakukan. Contohnya: anda login akaun bank dan penggodam dapat akses password dan ID anda.

Perkara yang boleh penggodam lakukan pada peranti anda.

  1. Dapat mengakses setiap maklumat yang anda hantar di internet seperti e-mel penting, maklumat kad kredit dan kelayakan keselamatan ke rangkaian perniagaan anda (website/e-commerce).
  2. Menggunakan akses maklumat tersebut pada bila bila masa. 
  3. Menyebarkan perisian malware ke dalam peranti anda.
  4. Jika anda menghidupkan fungsi file-sharing, penggodam boleh menghantar software berbahaya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan