
Etika komputer merupakan tingkah laku dan kelakuan moral manusia terhadap penggunaan komputer. Etika komputer ini adalah sangat berbeza dengan undang-undang dan akta terhadap penggunaan komputer. Jumlah interaksi manusia terhadap penggunaan komputer ini semakin meningkat dan menjadikan etika komputer ini sebagai satu dasar yang perlu dipatuhi dan difahami oleh semua masyarakat semasa menggunakannya. Pelbagai isu yang timbul membabitkan orang awam apabila individu tersebut bertindak sebagai pengguna akhir.
Jadi mengapa orang awam sukar untuk memahami isu-isu etika penggunaan komputer ini?
- Pengguna tidak nampak kesan dan masalah moral daripada aspek sosial pengkomputeran.
- Pengetahuan dan penggunaan yang kurang mendalam terhadap bidang komputer berbanding mereka yang sememangnya berada didalam bidang ini.
- Kurang arif mengenai undang-undang siber.
- Orang awam tidak menerima impak yang hebat apabila isu etika komputer ini berlaku.
- Kurangnya pendedahan dalam pengaruh, kegunaan dan kuasa yang ada pada komputer.
Berikut merupakan 10 rukun etika komputer kepada pengguna dan profesional komputer yang dicadangkan oleh Institusi Etika Komputer ( Computer Ethics Institute ).
- Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
- Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
- Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
- Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
- Tidak menggunakan komputer untuk menjadi saksi palsu.
- Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah.
- Tidak menggunakan sumber komputer orang lain tanpa kebenaran atau sebarang bayaran.
- Tidak menggunakan tanpa kebenaran output intelektual orang lain.
- Memikirkan akan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
- Menggunakan komputer dengan memberi pertimbangan dan hormat kepada manusia lain.
Untuk pemahaman yang lebih mendalam mengenai Etika Komputer ini, pengguna boleh menonton video dibawah. Video ini merupakan sebuah cerita berkaitan etika komputer yang telah dilanggar dalam sebuah persekitaran kerja. Selamat menonton !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan