Khamis, 13 September 2018

4 Langkah Mudah Melindungi Akaun Facebook Anda

Aplikasi media sosial memudahkan pengguna untuk sentiasa berhubung dengan ahli keluarga dan kawan-kawan sama ada yang dekat dan yang jauh. Salah satu contoh aplikasi media sosial tersebut ialah Facebook. Facebook ialah sebuah tapak laman web rangkaian sosial dan sesiapa yang memiliki alamat email yang sah sudah boleh menjadi pengguna Facebook. Namun, terkadang pengguna facebook tidak sedar bahawa ada data mereka yang telah terdedah dan telah bocor.

Sejak tersebarnya berita tentang kononnya kebocoran data pengguna facebook, facebook telah mengemukakan keselamataan data pengguna nya. Facebook juga mempunyai beberapa tapisan yang boleh digunakan oleh pengguna nya untuk melindungi data peribadi mereka.

Berikut adalah beberapa tips yang disyorkan oleh Facebook kepada pengguna nya bagi memastikan keselamatan data pengguna mereka.

1.Lakukan pemeriksaan keselamatan secara rutin
Pemeriksaan keselamatan akan membantu pengguna untuk memantau dan menambahkan keselamatan akaun pengguna. Pemeriksaan keselamatan memiliki beberapa fungsi iaitu mengeluarkan akaun Facebook dari aplikasi dan browser yang sudah tidak digunakan. Ia juga akan mendapatkan notifikasi jika seseorang ingin mengakses akaun pengguna dari peranti yang tidak dikenali dan belajar bagaimana untuk melindungi kata laluan pengguna.

2.Aktifkan tapisan keselamatan tambahan Facebook
Tapisan pengesahan merupakan salah satu tapisan yang terbaik bagi menjamin keselamatan tambahan bagi pengguna internet. Dengan cara ini, Facebook akan memebrikan notifikasi atau email yang mempunyai kod khusus untuk proses masuk ke Facebook. Pengguna Facebook dapat mengaktifkan autentikasi melalui dua cara iaitu di bahagian keselamatn dan info log masuk di tetapan dan aturan.

3.Meninjau aplikasi apa saja yang berhubung dengan akaun Facebook anda
Pengguna yang sering menggunakan pilihan "Masuk dengan Facebook" untuk mengakses aplikasi lain mesti menyemak secara berkala mesti menyemak aplikasi yang disambungkan dengan Facebook mereka. Kajian ini akan membantu pengguna untuk memastikan akaun Facebook mereka hanya disambungkan dengan aplikasi yang boleh dipercayai dan akan digunakan secara teratur. Untuk melihat aplikasi yang berhubung dengan Facebook, pengguna boleh mengunjungi halaman pengaturan aplikasi dan laman web. Di halaman ini, pengguna juga dapat menghapus aplikasi yang sudah tidak digunakan lagi.

4.Mengetahui tentang log aktiviti anda
Log aktiviti adalah salah satu ciri Facebook yang mencatatkan semua aktiviti pengguna secara kronologi, bermula dengan yang terkini. Aktiviti yang disimpan termasuk siaran yang anda suka, siaran yang anda komen, permintaan rakan yang anda terima, halaman yang anda lawati atau tentang foto tentang anda dan lain-lain. Dinasihatkan agar pengguna sentiasa menyemak log kegiatan mereka dengan kerap supaya jika terdapat aktiviti yang mencurigakan dapat dikesan dengan cepat. Pengguna boleh mencari Log Aktiviti di sudut kanan bawah foto penutup.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan