Khamis, 27 September 2018

Cara Cegah Anak-Anak Dari Membuka Kandungan Negatif Di Gajet

Pada masa kini, gajet merupakan barang tumpuan kanak-kanak. Hal ini kerana pendedahan gajet oleh ibubapa kepada anak-anak sejak kecil lagi. Mereka diberikan alatan gajet ini untuk sebagai kemudahan kepada anak- anak untuk melayari internet. Kadang- kadang anak-anak bermain gajet untuk mengkases pelbagai aplikasi pada gajet tersebut. Untuk mencegah kemungkinan anak-anak melayari benda yang negatif yang tidak sesuai dengan umur mereka, terdapat cara yang boleh digunakan untuk mengelakkan perkara tersebut dari berlaku.

1.Aktifkan Restricted mode di Youtube. 
Dengan mengaktifkan tetapan tersebut, ini akan membantu mengelakkan kandungan yang tidak sepatutnya ditonton oleh anak-anak. Pengguna juga harus menyimpan tetapan ini dan pastikan setiap browser yang anda pakai telah mengaktifkan Restricted Mode ini. Untuk mengaktifkan tetapan tersebut, ia berada di paling bawah dari browser anda. Namun pada versi aplikasi YouTube mobile, tapisan tersebut berada di bahagian tetapan. Kemudian pilih General dan cari Restricted Mode.


2.Aktifkan Parental Controls
Jika anda mempunyai telefon bimbit yang jenis android, anda harus dapat memaksimumkan tapisan  tersebut untuk mencegah anak-anak dari mengakses kandungan negatif di Google Play. Apabila tapisan Parental controls di tetapan Google Play telah daiktifkan, maka ibubapa dapat menghadkan kandungan yang boleh dimuat turun sesuai dengan usia anak-anak.

3.Membuat Akaun Google Secara Terperinci
Seterusnya, anda boleh membuat akaun google secara terperinci jika anda membenarkan anak-anak mengakses pelbagai laman video youtube di peranti mudah alih atau PC desktop, maka anda mesti membuat akaun Google yang lebih terperinci. Dengan membuat akaun google baru, ibu bapa dapat memantau video apa yang ditonton oleh anak mereka dan apa yang dimuat naik dan apa yang dikongsi oleh anak-anak mereka. Ibubapa juga boleh mengetahui sejarah video YouTube apabila ibubapa melog masuk ke akaun yang sama di telefon bimbit mereka.

4.Mengawasi Anak-Anak
Duduk bersama anak-anak merupakan cara paling efektif untuk mencegah kandungan negatif dari dilayari oleh anak-anak. Orang tua dapat mengawasi anak mereka ketika mereka sedang menonton video di telefon bimbit mereka. Jadi kemungkinan untuk mereka membuka kandungan yang tidak sesuai dengan mereka diawasi oleh ibu bapa mereka.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan