Khamis, 20 September 2018

Cara Menjaga Mata Ketika Menggunakan Komputer

Dalam kehidupan yang serba moden sekarang ini, laptop / komputer sudah menjadi barng berharaga yang amat penting dalam kehidupan seharian manusia. Mereka sudah tidak dapat dipisahkan lagi dengan barang tersebut untuk melakukan pekerjaan, belajar, ataupun cuma untuk bermain game sahaja. Tahukah anda bahawa apabila mata kita terlalu lama mengahadap komputer / laptop boleh membuatkan kita kurang melakukan aktivit lain yang dapat menyihatkan tubuh badan dan ini menjadi punca kepada kegemukkan melampau atau dipanggil obesiti. 

Radiasi yang dipancarkan oleh skrin komputer atau laptop dapat menyebabkan mata menjadi letih dan gangguan yang lain. Akibat lain terlalu lama duduk di depan komputer adalah sakit kepala, sakit leher dan pinggang, bahu lenguh dan yang lain nya. Namun jika tips dibawah diamalkan boleh mengelakkan mata daripada rosak akibat terlalu lama atau sentiasa menggunakan komputer / laptop.

Berikut tips menjaga mata ketika menggunakan komputer:

1. Kecerahan Skrin Komputer
Sesuaikan tempat duduk dan kecerahan skrin monitor sesuai dengan kedudukan yang selesa untuk anda. Jangan menjadikan skrin komputer terlalu cerah atau terlalu gelap agar tidak ada masalah untuk melihat skrin.

2. Gunakan Screen Protector
Cuba untuk memasang Screen Protector untuk mengurangkan pancaran dari skrin komputer terus ke mata anda, supaya tidak membuat mata anda cepat letih dan penat.

3. Jarak pandangan mata ke skrin komputer
Tetapkan jarak antara mata dengan monitor, dalam keadaan yang selesa iaitu 50 hingga 100 cm. Jangan letakkan skrin komputer terlalu dekat dengan mata kerana ia boleh membuatkan mata anda cepat penat.

4. Rehatkan Mata
Secara normalnya, manusia akan mengedipakn mata sebanyak 18 kali selama satu minit. Namun jika kita sentiasa menghadap komputer, mata kita akan jadi jarang berkedip. Maka, cuba untuk merehatkan mata setiap 1 jam selama 5 minit tanpa mengahadap skrin komputer agar tidak mengalami kerengsaan mata dan mudah penat.

5.Alihkan Pandangan
Ketika melihat skrin komputer, mata anda hanya akan tertumpu pada satu objek sahaja iaitu skrin komputer. Cuba lah untuk mengalihkan pandangan sekejap dari monitor dan cuba pandang pemandangan sekeliling terutama sekali pemandangan yang mempunyai kawasan pepohonan hijau jika ada.Hal ini kerana , supaya mata anda tidak cepat penat dan boleh mengurangkan rasa pening kepala setelah menghadap skrin komputer terlalu lama.

6. Pemakanan Buah dan Sayur
Buah-buahan yang memiliki kandunagan vitamin A sangat bagus dan baik untuk mata anda, perbanyakkan pemakanan buah dan sayur agar tidak kekurangan vitamin A dan tidak mempunyai masalah mata.

7. Pemeriksaan Mata
Ini supaya anda tahu bagaimana keadaan mata anda dan dapat untuk check up mata anda dan dapat nasihat daripada doktor pakar mata. Usahakan untuk setiap 3 bulan sekali untuk pergi pemeriksaan mata anda, supaya dapat berjaga jaga ketika menghadap skrin komputer.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan