Ahad, 23 September 2018

Manfaat Ict Dalam Kehidupan


Pada masa kini ICT amat penting dalam kehidupan seharian kita. Teknologi Komunikasi Maklumat atau ICT ialah satu pembaharuan dalam kehidupan masyarakat hari ini. Sama seperti perkara lain yang baharu sahaja diperkenalkan dalam kehidupan sesuatu masayarkat iainya pasti menimbulkan pelbagai reaksi sebelum diterima menjadi sebahagian dari gaya hidup mereka. Penerimaan terhadap ICT ini bergantung kepada faktor-faktor penting seperti kemudahan, kecanggihan dan manfaat yang boleh diperolehi daripadanya. Justeru, penerimaan masyarakat terhadap ICT juga sama dengan penerimaan mereka terhadap inovasi yang lain. Penggunaan ICT dalam kehidupan memberi kesan yang positif kepada kita terutamanya memudahkan kita melakukan kerja-kerja harian. Contohnya, memudahkan kita dalam pencarian maklumat semasa dengan hanya melayari internet sahaja. Maka, penggunaan ICT pada masa sekarang sangat penting dari kanak-kanak sehingga dewasa.

1. Membantu Pengurusan Pendidikan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dapat membantu dalam urusan pendidikan ketika membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan kemajuan komunikasi dalam organisasi. ICT boleh membantu mereka untuk bekerja dengan lebih cekap, berkesan, mudah dan pantas.

2. Memperoleh Pelbagai Sumber Maklumat

Guru-guru boleh mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber melalui kemajuan komunikasi untuk tujuan pembelajaran dan pengajarn (P&P) pelajar mereka. Tujuan utama ICT adalah membantu sesuatu organisasi mencapai matlamat dengan membekalkan teknologi komunikasi maklumat yang canggih untuk operasi harian organisasi mereka.

3. Dapat menjadikan pendidikan secara online

Pendidikan secara online dapat diwujudkan dengan adanya rangkaian pendidikan yang lengkap dan canggih. Gaya semasa semakin menampakkan pembelajaran dengan cara jarak jauh tetapi ini tidak bermakna pendidikan yang sedia ada dihapuskan. Sesetengahnya perlu dikekalkan bagi membolehkan pelajar mempelajari kemahiran tertentu.

4. Perdagangan Elektronik

Perdagangan elektronik ditakrifkan sebagai telekomunikasi atau rangkaian yang lusa untuk digunakan sebagai proses jual beli yang secara atas talian. Dengan berkembangnya perkhidmatan sedemikian, pengguna tidak perlu keluar rumah untuk melakukan proses jual beli. Dengan adanya rangkaian teknologi maklumat, aktiviti perbankan dan pasaran dapat dijalankan. Ini akan memebri pengaruh yang besar ke atas proses perdagangan. Ia juga menjadi selamat untuk melakukan apa-apa transaksi dengan adanya rangkaian maklumat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan