Adakah anda tahu bahawa internet juga mempunyai misteri dibalik ianya sendiri. Mengapakah ia menjadi misteri sedangkan kita selalu dan sentiasa menggunakan internet untuk melakukan kerja seharian ataupun untuk bersosial. Namun, tidak semua kandungan di internet penting untuk pekerjaan kita. Malah, terdapat juga kandungan internet yang yang mempunyai kandungan yang boleh merosakkan atau yang boleh melalaikan kita dan menyebabkan kita melakukan hal yang tidak sepatutnya. Hal ini perlu kita ambil tindakan dan mengambil serius tentang segala perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan terhadap sesuatu yang boleh merosakkan kita. Berikut merupakan misteri internet sehingga hari ini :
1. Bitcoin
Bitcoin adalah crypyocurrency atau dalam bahasa yang lebih mudah matawang digital (digital currency). Bitcoin dicipta oleh 'Satoshi Nakamoto' pada Januari 2009. Bitcoin boleh digunakan sebagai medium untuk memiliki sesuatu barang dan perkhidmatan dalam dunia sebenar. Namun apabila ditanya kepada 'Satoshi Nakamoto' tentang bitcoin ini, beliau sendiri tidak pernah tahu tentang bitcoin ini dan apa itu bitcoin. Ada yang mengatakan bahawa nama 'Satoshi Nakamoto' itu adalah nama samaran bagi menyembunyikan nama sebenar pencipta bitcoin tersebut. Jadi siapakah orang sebenar yang mencipta bitcoin ini sehingga kini masih belum dijumpai dan menjadi misteri.
2. Red Room
Red Room ialah laman web yang mempunyai video-video yang beradegan penyiksaan atau pembunuhan yang dipaparkan secara langsung mahupun tidak. Red Room merupakan salah satu laman yang ada di dalam deep web. Apa itu Deep Web? Deep Web ialah Web Mendalam. Namun ada sebahagian yang menyebut dengan istilah Deepnet, Darknet, Invisible Web, Undernet atau Hidden Web. Hal ini kerana, Deep Web adalah salah satu dar ibahagian internet, namun untuk unutuk mencari isi atau kandungan yang ada di dalam deep web bukanlah satu perkara yang mudah termasuklah Red Room ini. Ada yang beranggapan bahawa Red Room ini hanyalah rekaan atau urban legend yang sengaja direka da ianya juga sukar untuk dijumpai.
3. Mariana's Web
Mariana Web ialah nama yang diberikan ke bahagian terdalam dari internet yang terinspirasi dari nama Mariana Trench yang merupakan bahagian terdalam dari lautan dunia. Tahukah anda bahawa bahagian internet yang kita sering akses biasanya dikenali sebagai surface web yang kononnya hanya 4% dari informasi di internet. Dan yang selebihnya adalah Deep Web, Dark Web dan Mariana Web. Ramai yang tidak dapat membuktikan keberadaan sebenar Mariana Web ini. Ada yang mengatakan bahawa Mariana Web ini mempunyai rahsia badan-badan yang kuat. Dan ada juga yang mengatakan bahawa web host mariana menyimpan data rahsia dari badan rahsia dan pemerintah. Tiada siapa yang dapat mengesahkan rangkaian internet ini.
4. Valor Por Tamaulipas
Ia adalah satu laman Facebook yang dikendalikan oleh orang yang tidak dikenali. Laman Facebook ini mengungkap informasi tentang aktiviti pengedaran dadah di mexico. Maklumat yang disebarkan oleh mereka membantu pihak berkuasa memberkas kumpulan yang mengedarkan dadah tersebut. Deangan itu kumpulan pengedaran dadah tersebut cuba untuk mencari admin facebook tersebut dengan menawarkan 50 ribu USD kepada mereka yang menjumpai nya. Namun ia kekal misteri sehingga hari ini.
5. CICADA 3301
Ia adalah sebuah organisasi yang mengeluarkan banyak posting tentang puzzle kompleks yang sangat rumit untuk orang yang boleh menyelesaikannya. Tujuannya belum diketahui sama sekali hingga ke saat ini. Namun, ramai yang mengatakan mungkin ini adalah salah satu cara mereka untuk mencari orang yang bijak dan sesiapa yang dapat menyelesaikannya akan diberikan ganjaran yang lumayan. Selain itu, ia untuk mencari ahli baru oleh CIA, MIT atau kumpulan godam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan