VPN membina sambungan point-to-point iaitu di antara komputer/server pertama dan kedua melalui sambungan khas terowong maya yang dipanggil Tunelling Protocols atau secara penyulitan trafik (Traffic Encryption).
Kerana penyulitan ini, aktiviti- aktiviti pengguna yang menggunakan VPN tersembunyi daripada pemantauan penggodam, penyelia servis interenet (ISP) seperti Telekom Malaysia, mahupun kerajaan sesebuah negara.
Kenapa Gunakan VPN?
1.Melepasi halangan akses kawasan
Beberapa laman web dihalang daripada diakses di Malaysia. Jika kita menggunakan pelayan VPN yang berada di jepun, laman web yang dihalang di Malaysia sudah boleh diakses, ia seperti orang di jepun yang mengakses nya, jadi halangan tersebut tidak berkesan kepada anda.
2.Privasi
Sesetengah individu memilih untuk menyembunyikan lokasi semasa melayari internet atau menggunakan perisian/permainan yang bersambung dengan internet iaitu secara online. Ini mungkin kerana mahu mengelak daripada dikesan pihak pengurusan pejabat atau kolej/universiti ketika anda menggunakan rangkaian mereka. Ia juga mungkin individu tersebut yang melayari laman web sensitif, atau melakukan aktiviti tidak sah seperti muat-turun bahan langgar hakcipta (movie, perisian dan sebagainya).
3.Keselamatan semasa menggunakan internet awam
Apabila anda menggunakan internet awam seperti di restoran, McD, kedai mamak, hotel, pusat membeli belah dan sebagainya, anda terdedah kepada kecurian data. Ini kerana sambungan wifi tersebut boleh dipintas datanya oleh sesiapa saja yang mempunyai kemahiran teknikal didalam dunia hacking. Dengan VPN, sambungan tersebut disulitkan, jadi sesiapa yang mencuba untuk memintas rangkaian tersebut, mereka hanya dapat data yang rosak dan tidak berguna.
Cara menggunakan VPN
1. Daftar akaun dengan perkhidmatan VPN tersebut (Pilih pakej percuma atau berbayar)
2. Muat turun dan pasang perisian client untuk perkhidmatan VPN.
3. Log masuk di perisian client dan connect.
Seterusnya, nda boleh menggunakan sambungan VPN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan