Rabu, 17 Oktober 2018

Laptop Masa Depan




Laptop MateBook di Malaysia bakal dipasarkan oleh Huawei pada bulan ini. Mereka telah memberi gambaran tentang laptop masa depan tersebut. Laptop masa depan yang dikatakan daripada syarikat dari China itu mempunyai inovasi pada mod interaksi dan pengalaman pengguna. Cukup untuk memenuhi kehendak pengguna dengan reka bentuk yang nipis. Sebelum ini Huawei sudah memiliki laptop MateBook X Pro yang berukuran skrin 14 inci dengan badan 12 inci serta format 3K LTPS yang juga notebook pertama dengan FullView.

Laptop ini juga mempunyai spesifikasi dengan pemprosesan Intel Quad Core i7 gen-8 dan RAM hingga 16GB manakala grafik Nvidia MX150 dengan memori 2GB. Manakala butang papan kekuncinya merupakan jenis tahan air kerana apabila tetrkena percikan air ia masih boleh digunakan dan baterinya mampu bertahan selama 12 jam dan boleh dikategorikan sebagai jimat bateri.

Tetapi sayangnya, model Huawei Matebook X Pro tidak dipasarkan  secara rasmi ke negara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan