Rabu, 24 Oktober 2018

Mesin sebagai alat pengganti manusia




Peranti elektronik tidak lama lagi akan mengambil alih tugas manusia untuk menjadi internet paling besar dalam dunia baru yang membabitkan sensor elektronik, rumah dan alat yang mengesan pergerakan kelakuan dan pergerakan manusia.

Perkembangan teknologi masa depan akan menyaksikan manusia, perkakasan elektronik, objek dan pangkalan data berhubungan dalam masa sebenar melalui internet. Dalam dunia masa kini yang serba moden dan canggih ini, kita sedang menuju ke era baru dengan perkembangan internet yang akan muncul sebagai kuasa utama dalam pelbagai penggunaan sedangkan manusia hanya menjadi pemerhati sahaja. 

Fiksyen sains secara perlahan menjadikan fakta sains itu ke dalam Internet of Things (IoT) ataupun dalam bahasa yang mudah difahami ialah Internet adalah keperluan dalam apa-apa jua kerja seharian. Kini, dunia telah menghasilkan kepintaran dengan menghasilkan objek yang seakan hidup dan boleh berkomunikasi dengan sistem rangkaian.

Peralatan rumah yang dikawal secara jarak jauh oleh komputer kini sudah wujud selain kereta prototaip dengan sensor mengelak kemalangan manakala telefon pintar pula digunakan sebagai tiket kapal terbang. Antara salah satu ciri IoT paling ketara ialah gabungan mesin dan kerja rumah seperti membasuh pakaian yang mula dihasilkan oleh syarikat pengeluar barangan elektronik.

Memandangkan aktiviti dobi sudah menjadi kewajipan sebagai manusia yang terlalu sibuk bekerja dengan menghabiskan masa untuk memasukkan pakaian, menuggu pusingan basuhan habis, tempoh pengeringan dan mengeluarkannya dari mesin basuh sebelum mengeringkannya pasti memenatkan dan membuang masa begitu saja sedangkan banyak kerja lain yang perlu dilakukan.

Kini, samsung telah mencipta mesin basuh pintar yang mudah dan boleh dikawal menggunkan aplikasi pada telefon pintar anda. Sekaligus membolehkan pengguna untuk memulakan dan menghentikan pusingan basuhan hanya dengan menggunakan aplikasi tersebut. Ia juga boleh membolehkan anda melaksanakan tugas lain ketika mesin basuh tersebut mengendalikan pakaian.

Kebanyakkan produk IoT hanya menggunakan cip kecil sebesar ibu jari tetapi memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan