Perkembangan IoT semakin meningkat dari hari ke hari. Potensi besar juga terhasil dari gabungan elektronik dan internet sekaligus memberi manfaat dalam kehidupan manusia. Walaupun di negara kita masih lagi belum menerima pembaharuan sebegini secara keseluruhannya, tetapi di negara-negara maju telah pun mula diperkenalkan dan dipraktis idea teknologi pintar dan baharu ini.
Teknologi IoT bersifat baharu dan lebih pintar dari yang sedia ada. Ia juga termasuk di dalam Revolusi Perindustrian Keempat teknologi (Rujuk: Industry 4.0) yang menjadi nama trend semasa automasi dan pertukaran data dalam teknologi. Ia termasuk sistem siber-fizikal, IoT, pengkomputeran awan dan pengkomputeran kognitif.
Berikut adalah antara contoh IoT yang digunakan di seluruh industri utama.
1. Industri Peruncitan dan pengurusan bekalan.
Industri ini adalah antara yang pertama dibuat secara “smart“. Digabungkan teknik pengiklanan berasaskan jarak dekat bersama Beacons dan teknologi pengurusan inventori pintar yang digunakan di Amazon Go no store checkout. Teknologi ini menggunakan Perkomputeran bervisi dalam gabungan algorithma (Deep Algorithm) dan sensor. Memudahkan sistem jualan dan belian di Pasaraya tanpa perlu beratur panjang.
2. Smart Home (Automasi Kelengkapan Rumah)
Tidak mustahil untuk membangunkan teknologi kelengkapan rumah kepada sistem yang lebih advance dan memudahkan para pengguna. Dari peti ais, kipas, lampu, kepada sistem kawalan keselamatan rumah. Nest adalah yang antara peneraju utama dalam bidang ini. Dengan beberapa peranti pintar, termasuk Nest Thermostat, kamera dalaman dan penggera, syarikat itu membantu mengurus rumah dengan lebih baik.
3. Kesihatan dan Kecergasan
Pelbagai kegunaan yang membanjiri pasaran IOT baru-baru ini semuanya boleh dikategorikan sebagai peranti kesihatan dan kecergasan antaranya peranti Apple, Samsung, Jawbone, dan Mables.
Peranti tersebut boleh digunakan untuk memantau kadar denyutan jantung, pengambilan kalori, masa tidur, dan mengenalpasti aktiviti serta banyak metrik lain dapat membantu kita untuk sentiasa dalam keadaan sihat. Dalam sesetengah keadaan, pemakai boleh berkomunikasi dengan aplikasi pihak ketiga dan berkongsi maklumat mengenai keadaan kronik pengguna dengan pakar nasihat kesihatan.
4. Automotif
Dimuatkan dengan sensor pintar, kenderaan seperti kereta dapat dihubungkan dengan pemandu pada jarak yang jauh. Walaupun sebahagian besar penyelesaian itu disediakan oleh pengeluar kereta, ada penyelesaian lain juga dapat menjadikan kereta lebih “pintar”. Selain daripada kereta, kereta api juga merupakan salah satu kenderaan IOT automotif secara aktif.
BMW telah mengeluarkan aplikasi smartwatch untuk mengawal kereta anda dari jauh. Aplikasi BMW i Remote untuk smartwatch Samsung Gear mempunyai fungsi aplikasi jauh untuk BMW yang akan membolehkan pemandu i3 dan i8 menyemak sistem status kereta, mengecas status dan mengaktifkan sistem iklim kereta.
5. Pertanian
‘Smart farming’ atau peladangan pintar sering diabaikan apabila ia melibatkan perkara rumit dalam perniagaan untuk penyelesaian IoT. Walau bagaimanapun, terdapat banyak produk yang inovatif di pasaran yang ditujukan kepada para petani berfikiran ke hadapan.
Sesetengah peladang menggunakan rangkaian sensor pintar (smart sensor) yang diedarkan untuk memantau pelbagai keadaan seperti kelembapan, suhu udara, dan kualiti tanah. Yang lain digunakan untuk mengautomasikan sistem pengairan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan