Isnin, 5 November 2018

Tip elakkan akaun Media Sosial dari digodam


Katalaluan pada setiap laman sosial amat penting kerana laman sosial terdapat maklumat peribadi. Oleh kerana kebanyakkan pengendali media sosial sibuk memikirkan pengisian dan contents media sosial masing-masing sehingga terlupa untuk menjaga dan memelihara dari ianya digodam. Berikut adalah tips untuk menjaga akaun media sosial daripada digodam.

  • Password / Kata Laluan
Elakkan daripada menggunakan katalaluan yang mudah untuk orang tahu seperti nama, nama isteri/suami, tarikh lahir. Selain itu, jangan menggunakan nombor seperti 1234 atau 6789. Oleh itu, katalaluan yang baik adalah terdiri daripada gabungan huruf besar, huruf kecil dan nombor.

  • Emel 
Jika anda perasan, rakan-rakan di Facebook / Fanpage tidak akan tahu apa yang e-mel log masuk anda kerana ia adalah rahsia dan tidak dipaparkan di mana-mana bahagian. Walaupun terdapat "helah" mencari orang untuk menghantar e-mel di Facebook, tetapi dicadangkan untuk tidak mendedahkan alamat e-mel anda kepada sesiapa sahaja. Alamat e-mel untuk log masuk di Facebook adalah perkara pertama yang dicari oleh penggodam untuk memulakan kerja. Untuk Blogger tidak menggunakan alamat e-mel yang sama yang kami letakkan di bahagian kenalan blog tersebut.

  • Mobile Verification 
Langkah ini sangat penting dan sangat berguna kerana ianya menambah satu langkah pengesahan untuk proses login ke Facebook. Walaupun ianya nampak sangat secure, tetapi ianya masih belum cukup untuk menghalang dari Facebook/Fanpage digodam. Tetapi langkah ini sangat berguna untuk langkah yang seterusnya.

  • Elakkan terkena Phishing
Phishing adalah satu term di mana anda terklik satu link palsu yang membuatkan segala maklumat anda diambil secara diam-diam. Biasanya phishing dilakukan melalui emel ataupun melalui blog palsu yang berniat untuk menjerat orang. Jadi hati-hati ketika melayari internet. Sekiranya anda masih ingin klik link tertentu tetapi ada rasa was-was, cuba klik link tersebut di dalam mode Private/Incognito.

  • Elak menggunakan WiFi Percuma
Walaupun ini bukanlah punca utama, tetapi beberapa perkhidmatan WiFi percuma boleh mengundang padah. Bayangkan sekiranya smartphone kita sedang menggunakan saluran WiFi pada saluran yang sama dengan penggodam. Apa saja boleh dilakukan. Kita juga harus berhati-hati dengan perkhidmatan WiFi yang memerlukan kita mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan servis WiFi. Walaupun pada linknya tertulis “Register” ataupun “Use Internet Now” tetapi kita tak tahu apa sebenarnya skrip yang berjalan di belakang page tersebut.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan