Rabu, 26 Disember 2018

Google Chrome Canvas Aplikasi Untuk Doodles


Google telah mengeluarkan aplikasi web progresif yang dipanggil Chrome Canvas yang membolehkan pengguna membuat doodles dan akan disimpan secara automatik ke akaun pengguna tersebut melalui Chrome Unboxed. Dengan itu, pengguna hanya perlu menaip "canvas.apps.chrome" pada mana-mana browser dan tanpa perlu memuat turun sebarang aplikasi. Chrome Canvas pertama kali muncul sebagai aplikasi dalam pembangun Chrome OS Dev  baru-baru ini, tetapi kini tersedia dalam mana-mana browser yang menyokong WebAssembly, seperti Firefox.

Ciri-ciri aplikasi ini amat mudah dengan toolbar yang terdiri daripada pensil, pen, penanda, kapur dan pemadam dan juga sebagai tambahan palet warna. Pengguna boleh mengeksport lukisan sebagai fail PNG apabila telah selesai melukis. Tambahan pula, untuk memasang aplikasi ini pada Chromebook, hanya perlu klik pada butang tiga titik dan tekan " install Canvas " dan ia akan muncul pada Chrome OS launcher. Di samping itu, ia juga akan meminta pengguna untuk menambah Chrome Canvas jika penguna mengakses melalui telefon.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan