Dalam meniti arus kemodenan ini, semakin terdapat pelbagai teknologi yang canggih dan memudahkan semua orang. Antaranya adalah teknologi e-Wallet iaitu sebuah teknologi transaksi tanpa tunai yang diperkenalkan bagi mengurangkan kebergantungan kepada mata wang fizikal yang hanya menebalkan poket seluar. Selain itu, teknologi ini juga dibangunkan untuk mengelakkan risiko keciciran duit daripada dalam poket.
Dalam pada itu, terdahulu transaksi tanpa tunai ini hanylah dengan menggunakan kad seperti kad ddebit atau kad kredit. Kini transaksi tanpa tunai boleh digunakan hanya dengan peranti pintar. Oleh yang demikian, terdapat beberapa kelebihan menggunakan e-Wallet ini.
Hal ini yang demikian kerana sesetengah individu tersebut mempunyai banyak kad kredit dan membuatkan dompet menjadi berat dan tebal. Oleh itu, dengan e-Wallet ini dapat menjimatkan ruang dompet individu tersebut. Dengan e-Wallet ini, maklumat pengguna akan disulitkan, pengguna hanya perlu membuat pengesahan sama ada dengan menggunakan kata laluan atau 'swipe' peranti pada kaunter bayaran tersebut sahaja.
Penggunaan e-Wallet ini akan mengurangkan kebergantungan pengguna terhadap mata wang fizikal. Namun jika dompet hilang atau dicuri akan dapat mengurangkan jumlah kerugian kepada pengguna.
Selain itu, maklumat mengenia kewangan seperti kata laluan, nombor ID e-Wallet dan juga nombor akaun bank juga disulitkan. Segala maklumat yang penting telah disulitkan bagi menjamin keselamatan e-Wallet pengguna tersebut. Tambahan pula, maklumat tersebut hanya boleh diakses oleh pengguna atau pihak bank dan pembangun e-Wallet tersebut sahaja.
Dengan e-Wallet ini akan membuatkan sesuatu pembayaran itu menjadi mudah dan cepat kerana tidak perlu mengambil masa untuk menunggu balik yang baki. Dengan e-Wallet pengguna hanya perlu bersiap dengan aplikasi tersebut, masukkan maklumat pembayaran, membuat pengesahan dan selesai.
Antara yang digunakan oleh pembangun aplikasi e-Wallet ini adalah dengan menawarkan pelbagai insentif dan promosi bagi untuk menggalakkan orang ramai menggunakannya. Rebat dan insentif ini boleh ditebus sekiranya pengguna lebih kerap membayar perkhidmatan dengan e-Wallet.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan