Khamis, 20 Disember 2018

Langkah-Langkah Jika Telefon Masuk Dalam Air

Jika berhadapan dengan situasi telefon jatuh atau termasuk dalam air, jangan panik kerana mempunyai banyak cara untuk menyelesaikan masalah tersebut. Oleh itu, berikut addalah langkah-langkah jika telefon masuk ke dalam air.

1.  Keluarkan telefon secepat mungkin
  • Pertama sekali jangan panik, hanya perlu mengeluarkan telefon tersebut dengan segera dari dalam air.
2.  Matikan telefon
  • Selepas itu, matikan telefon tersebut, jangan hidupkan kerana berkemungkinan akan ada litar pintas.
3.  Cabut bateri telefon
  • Perkara utama yang perlu dilakukan dengan segera adalah dengan mencabut bateri telefon untuk membantu mengurangkan risiko litar dalaman.
4.  Keluarkan SIM kad
  • Lap SIM kad sehingga kering.
5.  Cabut apa-apa peranti luaran
  • Selain bateri, sebarang casing phone atau kommponen luaran seperti seperti kad SD juga perlu ditanggalkan bagi membolehkan ia kering dengan lebih cepat.
6.  Letakkan ke dalam vacuum bag
  • Cara ini boleh mengeringkan komponen dalaman telefon. Letakkan kedalam vacuum bag dan sedut untuk memberi kesan vacuum. Ia akan menhilangkan kelembapan yang ada. 
7.  Letakkan didalam beras
  • Cara ini bukan hanya mitos kerana ia benar-benar berkesan. Letakkan telefon ke dalam beras supaya ia dapat menyerap kelembapan dan air yang bertakung pada telefon dan akan diserap oleh beras tersebut. Tambahan lagi, letakkan sekali bateri ke dalam beras tersebut juga. Cara ini mengambil masa antara 24jam hingga 72jam.
8.  Silica gel
  • Silica gel terdapat ubat untuk mengekalkan kekeringan. tapi ia sukar untuk didapati.
9.  Jangan guna hair dryer
  • Jangan menggunakan hair dryer untuk mengeringkan telefon kerana ianya boleh menyebabkan kerosakan pada telefon tersebut kerana udara panas pada hair dryer tidak sesuai untuk mengeringkan barangan elektronik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan