Rabu, 2 Januari 2019

Any.DO

Perisian aplikasi to-do list iaitu Any.do kini mempunyai ciri smart grocery list dalam aplikasi mudah alih yang membolehkan pengguna berkongsi dengan rakan-rakan dan keluarga untuk membuat pembelian cekap. Algoritma secara semulajadi menyusun barangan makanan mengikut kategori seperti "buah-buahan & sayur-sayuran" dan "tenusu & keju", hal ini kerana supaya pengguna tidak berada pada lorong yang sama dua kali. Di samping itu, mereka juga akan mencadangkan barangan runcit berdasarkan perkara-perkara sebelumnya yang pengguna telah beli. Oleh itu, jika pengguna selalu mendapat seperti roti dan minyak zaitun, Any.do akan mengingati pengguna paabila pergi membeli-belah.

Walau bagaimanapun ciri ini pada mulanya dilancarkan pada iOS pada beberapa bulan yang lalu, kini telah ada pada Android dan berkembang sepenuhnya ke semua peranti iOS. Any.do mengaggarkan bahawa sementara hanya 30 peratus daripada pengguna iOS yang dapat mengakses ciri tersebut sebelum ini tetapi menjadi 100 peratus pada masa kini.

Tambahan pula, pengguna boleh menambah bilangan smart grocery list secara tidak terhad dan Any.do sudah berfungsi dengan Siri, Alexa dan Google Assistant. Dengan itu, pengguna boleh menambah item dengan menggunakan arahan suara melalui pelbagai peranti. Seterusnya, sebaik sahaja pengguna mendapat senarai mereka, pengguna tersebut dapat berkongsi dengan orang lain dengan kadar segera. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan