Antara kesan positif ialah mudah mendapatkan maklumat.
Pelbagai maklumat boleh diakses melalui medium ICT seperti internet. Ianya
dapat memudahkan dan menjimatkan masa dalam pencarian maklumat yang diperlukan.
Selain itu juga, manusia boleh berkomunikasi secara atas
talian seperti aplikasi Whatsapp, telegram, Instagram dan sebagainya. Anak-anak
perantauan yang bekerja atau menyambung pelajaran di negara orang boleh
berhubung dengan ibu bapa mereka walaupun berjauhan.
Dengan adanya perubahan teknologi ini, manusia tidak sedar yang
mereka telah mengancam diri mereka semasa menggunakan teknologi terkini ini. Antara
kesan negatif ialah terhadap tubuh badan manusia. Manusia akan lemah daya
ingatan kerana selalu bergantung kepada teknologi yang menyebabkan memori
jangka pendek menjadi kurang berkesan dalam segala hal yang dilakukan.
Ianya memberi kesan negatif kepada anak-anak yang semakin
membesar. Waktu tidur anak-anak tidak menentu akibat terlalu agresif terhadap
penggunaan teknologi terkini ini seperti permainan game secara atas talian yang
boleh melalaikan mereka sehingga pelajaran diabaikan.
Dengan adanya kemajuan teknologi ini, generasi muda khususnya
lebih terdedah untuk melayari laman sesawang yang tidak bermoral dan pronografi
disebabkan benteng agama yang tidak kukuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan