Menurut laporan dari Reuters
dari sumber Wall Street Journal (WSJ), Huawei Technologies Co Ltd merancang untuk
memberhentikan perkhidmatan mereka secara besar-besaran di Amerika Syarikat. Oleh
hal demikian kerana, pihak Huawei terpaksa bergelut dengan penyenarai hitam oleh
pihak Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS).
Perkara ini akan
mengakibatkan beratus-ratus pekerja Huawei di A.S termasuk pekerja mereka yang
berwarganegara China. Selain itu, mereka berhak memilih sama ada kekal dalam
syarikat atau pulang ke negara asal mereka. Namun ada sesetengah pekerja Huawei
di AS sedia maklum tentang berita pemecatan mereka.
Kesan dari tindakan ini
akan menjejaskan para pekerja mereka di Syarikat Futurewei Technologies yang berpusat
di AS. Syarikat itu merupakan Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Huawei yang
mempunyai hampir 850 pekerja di seluruh AS.
Huawei masih disenaraikan
dalam senarai entiti oleh Jabatan Perdagangan AS. Perkara ini telah disahkan
oleh Setiausaha Jabatan tersebut, Wilbur Ross.
Pada syarikat yang ingin
menjual barangan mereka kepada Huawei, pihak kerajaan AS masih mengeluarkan lesen
sekiranya tidak memberi ancaman terhadap keselamatan negara. Namun perkara ini
dijelaskan lagi oleh penasihat ekonomi Trump, Larry Kudlow bahawa lesen yang
diberikan itu sebagai masa tenang sementara perbincangan perdagangan dua hala
antara AS dan China berlangsung.
Rujukan daripada: https:https://www.reuters.com/article/us-usa-china-huawei-tech/huawei-plans-extensive-layoffs-at-its-u-s-operations-wsj-idUSKCN1U9058
Tiada ulasan:
Catat Ulasan