Ahad, 21 Julai 2019

Rangkaian 5G

Rangkaian 5G merupakan sambungan internet mudah alih generasi baru, yang menawarkan kelajuan internet yang lebih pantas dan sambungan secara konsisten pada telefon pintar dan peranti lain dengan lebih baik berberbanding sambungan internet yang sedia ada sekarang.

Purata kelajuan muat turun sekitar 1GBps dijangka akan menjadi norma dengan penggunaan 5G yang menggabungkan teknologi rangkaian canggih dan penyelidikan terkini.








Rangkaian ini akan membantu kemajuan teknologi 'Internet of Things' dengan meyediakan infrastruktur yang diperlukan untuk membawa sejumlah data yang tinggi. Pembangunan 'Testbeds' yang sedang berjalan secara langsung di seluruh dunia menjamin kepastian rangkaian 5G akan dilancarkan di seluruh dunia pada tahun 2020.Rangkaian juga 5G akan bekerjasama dengan rangkaian 3G,dan 4G yang sedia ada untuk sambungan Internet yang lebih pantas dan kekal dalam talian tidak kira mana anda berada.

Beberapa pengumuman tentang telefon pintar 5G telah dibuat pada tahun 2019,namun hanya segelintir sahaja sedia ada pada masa ini.Rangkaian 5G juga mempunyai pembatasan di sesetengah negara.

Di Amerika Syarikat,Motorola 5G Mod telah menyediakan rangkaian 5G kepada telefon pintar Moto Z tertentu dan Samsung Galaxy S10 juga mempunyai rangkaian 5G.Di UK pula rangkaian 5G disediakan pada Samsung Galaxy S10 5G, Oppo Reno 5G, OnePlus 7 Pro 5G, Xiaomi Mi Mix 3 5G dan LG V50 ThinQ 5G.

sumber:https://www.techradar.com/sg/news/what-is-5g-everything-you-need-to-know
 

1 ulasan:

  1. When I need info and assistance for the Mac? That's what I am going to share in my blog with you this week. You don't need to be formally taught to learn about as much as the pros do, you just need to know where to look for the info.
    gta 5 apk

    BalasPadam