Khamis, 19 Ogos 2021

CARA MENJIMATKAN KUOTA INTERNET SEMASA PENGGUNAAN ZOOM

Penggunaan Zoom meeting tidak lagi asing di kalangan masyarakat kini terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak atau perniagaan dalam talian. Zoom digunakan bagi memudahkan komunikasi jarak jauh dengan membincangkan sesuatu masalah seperti pembelajaran atas talian atau perbincangan kerja. Namun begitu, penggunaan zoom jangka lama memerlukan penggunaan kuota internet yang banyak terutama bagi mereka yang menggunakan rangkaian mudah alih.

Matikan kamera dan mikrofon apabila tidak diperlukan bagi menjimatkan penggunaan kuota internet. Kaedah ini boleh dilakukan semasa anda menyertai bilik mesyuarat yang tidak terlalu formal atau tidak rasmi. Pengguna hanya perlu memilih pilihan "Matikan Kamera" dan m’Matikan mikrofon” semasa pertama kali memasuki bilik mesyuarat.

Mengaktifkan paparan video dalam resolusi HD (Definisi Tinggi) dapat menghabiskan lebih banyak penggunaan kuota internet. Matikan kualiti video HD jika tidak memerlukan penggunaan tersebut di bahagian tetapan.

Elakkan menggunakan data lain ketika mengaktifkan Zoom. Pengguna juga harus menghindari penggunaan aplikasi lain, seperti muzik YouTube atau memuat naik dan memuat turun fail besar semasa mesyuarat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan