Isnin, 23 Ogos 2021

MESEJ HILANG SELEPAS 7 HARI? 90 HARI?

WhatsApp kini mempunyai kelebihan memadam mesej lama secara automatik selepas 7 hari hanya melalui pemilihan mesej hilang (disappearing message) di tetapan perbualan yang dipilih. Penggunaan mesej hilang ini membantu pengguna memadam mesej yang tidak penting secara automatik bagi mesej individu serta mesej kumpulan selepas 7 hari mesej dihantar.

Kini, WhatsApp sedang dalam proses untuk menghasilkan ciri mesej hilang bagi tempoh yang lebih lama iaitu 90 hari. Ini bermaksud mesej yang dihantar hanya akan hilang selepas 90 hari, dimana mesej dapat bertahan lebih lama berbanding ciri sekarang yang hanya mempunyai tempoh 7 hari.



Pengguna boleh memilih tiga tempoh masa bagi memadam mesej secara automatik iaitu 24 jam, 7 hari atau 90 hari selepas ciri baru tersebut dikeluarkan. Walaupun memilih tetapan mesej hilang, pengguna tidak akan kehilangan gambar, audio serta dokuman yang disimpan. Ianya lebih baik bagi pengguna menggunakan ciri ini terutama bagi mesej kumpulan kerana dapat mengurangkan beban perbualan lama di dalam telefon bimbit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan