Ahad, 29 Ogos 2021

TIK TOK BAKAL MEMANJANGKAN DURASI VIDEO SELAMA 5 MINIT?

                                     


Menerusi akaun Twitter perunding media sosial Britain, Matt Navarra, TikTok dilapor akan meningkatkan jangka masa video di platformnya lagi. Navarra memuat naik tangkapan skrin yang mengandungi pemberitahuan kemas kini terbaru dari TikTok. "Muat naik video hingga 5 minit di peranti anda. Pastikan anda mengemas kini TikTok ke versi terbaru sebelum mencuba ciri di aplikasi atau tiktok.com," baca tangkapan layar yang dinyatakan oleh Navarra. TikTok nampaknya sedang menguji penggunaan jangka masa video selama 5 minit berbanding versi TikTok sekarang yang hanya membolehkan maksima 3 minit.

 


TikTok nampaknya sedang menguji segelintir pengguna. Navarra menjadi salah satu pengguna yang mendapat percubaan.  Dari tangkapan skrin yang dimuat oleh Navarra, pengguna akan dapat memuat naik video dengan durasi 5 minit dari kedua-dua telefon bimbit dan halaman TikTok.com mereka. TikTok membuat pengujian bagi penggunaan durasi video selama 3 minit pada Disember 2020 dan melancarkan penggunaan ciri tersebut pada Julai 2021. Kini TikTok meneruskan pengujian dengan pengunaan durasi video maksima selama 5 minit dan berkemungkinan sehingga 10 minit lama.

Namun, tidak ada maklumat rasmi dari TikTok mengenai apakah mereka akan memperpanjang tempoh video di platform dan bila ia akan mula dilancarkan. TikTok sendiri nampaknya masih membuat penyesuaian terhadap durasi video terbaru yang akan diperkenalkan kepada pengguna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan