Khamis, 9 September 2021

Cara Untuk Membuat Sambungan Wifi Lebih Pantas


Sambungan isyarat Wifi yang telah menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia. Ianya akan memberikan tekanan secara tidak langsung jika sambungan isyarat WiFi menjadi lemah. Tugasan kerja tergendala dan hiburan pada media sosial terganggu akan memberikan impak kepada manusia secara tidak langsung. Terdapat beberapa cara untuk membuat sambungan WiFi lebih pantas ;

1. Pilih kawasan terbuka, elakkan meletak router di kawasan yang terdapat banyak bahan yang dapat menyerap isyarat penghala dan mengurangkan prestasinya. Untuk mengekalkan prestasi isyarat yang optimum, jangan meletakkan router di antara perabot besar dan dinding, atau di dalam almari. Pilih kedudukan yang bebas dari gangguan dan membuat penghala kelihatan dari mana sahaja.

2. Jauhkan dari elektronik lain. Jangan meletakkan router di tempat yang mempunyai banyak barangan elektronik seperti dapur yang mempunyai periuk nasi, ketuhar dan sebagainya. Jauhkan router dari peranti elektronik lain, seperti gelombang mikro, telefon tanpa wayar, dan TV. Hal ini kerana mana-mana peranti yang menghasilkan isyarat elektromagnetik boleh mengganggu dan melemahkan prestasi isyarat WiFi.

3. Periksa kekuatan isyarat. Terdapat beberapa aplikasi, seperti Cloudcheck atau Amped yang dapat digunakan untuk tujuan ini. Semasa memeriksa isyarat, anda dapat mengenalpasti bahagian mana dalam rumah anda yang menerima isyarat kuat dan mana yang menerima isyarat lemah. Anda dapat memilih tempat yang paling sesuai untuk peletakkan router bagi mendapatkan isyarat WiFi yang terbaik.

4. Tetapkan tetapan router. Anda juga dapat mempercepat sambungan WiFi dengan mengemaskini tetapan tertentu pada router. Akses ke menu tetapan (Setting) ini dapat dibuka melalui IP khas, biasanya 198.168.1.1. IP khas dapat dilihat pada bahagian bawah penghala atau dalam panduan yang terdapat di dalam kotak. Ubah saluran frekuensi router di bahagian tetapan. Biasanya terdapat 14 saluran untuk dipilih. Saluran terbaik biasanya 1, 6, dan 11. Saluran ini cenderung mempunyai gangguan minimum kerana ia jarang bersentuhan dengan saluran yang digunakan oleh orang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan