Khamis, 23 September 2021

FACETIME BERSAMA ANDROID?


FaceTime merupakan antara aplikasi yang tidak asing sama ada bagi pengguna Apple atau Android. Aplikasi FaceTime disediakan khas untuk peranti buatan Apple bagi membuat panggilan video dan hanya pengguna produk Apple yang dapat menggunakan perkhidmatan dalam aplikasi panggilan video ini. Namun, seiring dengan peluncuran iOS 15, Apple membuka peluang bagi pengguna peranti Android untuk mencuba FaceTime. Pengguna iPhone kini dapat membuat panggilan FaceTime dengan mengundang rakan Android. Pengguna Android yang menerima undangan akan dapat mengakses FaceTime melalui browser


Langkah-langkah untuk membuat FaceTime bersama rakan Android adalah seperti berikut :

  • Buka aplikasi FaceTime pada iPhone, klik butang "creat link" untuk membuat pautan dengan jemputan untuk membuat panggilan video.
  • Pilih pilihan media sesial seperti Messenger, Telegram atau WhatsApp untuk berkongsi pautan FaceTime kepada pengguna Android.
  • Setelah dikongsi, pengguna Android yang menerima pautan dapat mengakses perkhidmatan FaceTime melalui browser.
  • Pengguna Android dan Windows dapat menetapkan nama yang akan ditampilkan semasa panggilan FaceTime.
  • Selanjutnya, pengguna hanya perlu menekan butang Join untuk membuat panggilan video secara langsung dengan pengguna iPhone sebelumnya. 

Hanya pengguna peranti Apple yang dapat mengundang pengguna Android ke FaceTime. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan