Ahad, 5 September 2021

TELEGRAM MELANCARKAN SIARAN LANGSUNG TANPA HAD

 

Menyambut ulang tahun Telegram yang ke-8, Telegram telah mengemaskini versi 8.0 dengan membatalkan had penonton yang seramai seribu orang bagi versi lama. Telegram kini melancarkan jumlah penonton siaran langsung yang tanpa had maksima (unlimited) bagi kedua siaran langsung dan panggilan video berkumpulan (group video call). Dengan kata lain, Telegram membenarkan lebih ramai penonton untuk menyaksikan siaran langsung tanpa sekatan.

Untuk memulakan fungsi tersebut, pengguna boleh memilih ‘Siaran Langsung’ pada saluran pilihan atau ‘Panggilan Video Berkumpulan’ dalam kumpulan di halaman profil di mana anda merupakan pentadbirnya. Penonton yang menyertai siaran langsung juga boleh angkat tangan dan bercakap jika dibenarkan oleh pentadbir.

Selain itu, versi 8.0 juga memudahkan pengguna dengan menambahbaik pilihan ‘Majukan Mesej’ (forward). Pengguna kini boleh pilih untuk sembunyikan nama pengirim asal serta kapsyen pada gambar yang ingin dimajukan. Pemilihan pelekat yang lebih banyak dan menarik juga dilancarkan pada Telegram versi 8.0. Seperti ‘Menaip…’ dan ‘Merajam mesej suara..’, pengguna kini juga dapat mengesan sekiranya teman berbual anda sedang mencari pelekat dengan status ‘Memilih pelekat’ yang muncul di bawah nama teman tersebut.


Aplikasi Telegram versi 8.0 sudah tersedia untuk pengguna iOS di aplikasi App Store dan begitu juga dengan pengguna Android juga boleh memuat turunnya di Play Store bermula 31 Ogos 2021.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan