Ahad, 19 September 2021

VPASS : INOVASI YANG BERTERASKAN TEKNOLOGI KECERDASAN BUATAN (AI)

Skymind Holdings Berhad (Skymind) memperkenalkan inovasi terkini kepada rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan normal dengan penuh yakin sekali gus menjana semula ekonomi negara yang setelah lama tertejas akibat kemelut pandemik Covid-19.

Skymind bersama anak syarikatnya, Axial Health telah membangunkan satu produk inovasi AI iaitu Vpass yang merupakan penyelesaian kesihatan digital. Hanya pada RM4.90 sehari, majikan boleh memantau prestasi kesihatan kakitangan hanya melalui platform kesihatan digital serta membolehkan pengguna melakukan ujian pengesanan COVID-19 dengan lebih kerap (tiap selang sehari). Vpass akan memaparkan status COVID-19 serta menunjukkan pas hijau bagi hari pertama dan hari kedua, pas biru sebaik keputusan ujian negatif diperoleh, serta memberikan panduan aktiviti berisiko supaya setiap pekerja dalam sesuatu sektor dapat berjaga-jaga dan mengekalkan prosedur operasi standard (SOP).

Pengiktirafan produk oleh Axial V200 COVID-19 Intellitest ™ (Covid-19 Saliva Antigen Rapid Test Kit) membolehkan AxialHealth memasarkan produk V200 ke Eropah, di mana produk ini sedang diguna pakai di beberapa negara di benua tersebut dan beberapa negara yang lain.

Pengguna Vpass layak mendapat perlindungan insurans bernilai RM120,000 selepas mengaktifkan akaun Vpass.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan