WINDOWS 11
Windows 10 pertama kali
dilancarkan secara global adalah pada 2015 dan kini, penggantinya bakal
ditawarkan kepada anda. Hadir dengan nama Windows 11, berikut merupakan 11
perkara yang tealh diumumkan oleh Microsoft sewaktu acara pengenalan sistem
operasi terbaharu mereka ini.
1. Rekaan Ikon Baru
Perkara paling awal kita akan lihat
adalah rekaan serba baharu. Microsoft Windows 11 direka bentuk supaya lebih
ringkas dan mampu tingkatkan produktiviti serta kreativiti anda.
2. Snap Layout, Snap Group, Desktop
Anda mungkin sudah biasa menekan butang
pintasan dan anak panah kiri atau kanan untuk buka dua tetingkap secara
bersebelahan atau dengan cara lebih mudah, saizkan semula setiap tetingkap dan
susun bersebelahan.
3. Microsoft Teams dibawa terus ke Windows 11
Sejak Covid 19 melanda, Teams adalah salah satu platform
popular digunakan bukan sahaja kita malah satu dunia. Dari mesyuarat harian,
tazkirah mingguan, beraya bersama keluarga dan banyak lagi sudah kita lakukan
dengan Teams. Oleh itu, Microsoft mahu mudahkan lagi dengan meletakkan chat
dari Microsoft Teams dibahagian Taskbar. Anda boleh terus berkomunikasi dengan
pengguna lain sama ada menerusi teks, panggilan suara mahupun video tanpa
sebarang kesukaran.