FACEBOOK MESSENGER ROOM
Susulan perubahan komunikasi yang meningkat secara dalam talian berikutan pandemik COVID-19, Facebook memperkenalkan fungsi baharu, Messenger Room yang membolehkan sidang video dilakukan bersama 50 ahli pada satu masa.
Pengguna Facebook tidak lama lagi boleh membuat sidang video Messenger Room menerusi akaun mereka atau aplikasi Messenger di telefon atau komputer. Menerusi sidang video ini, hos (yang memulakan sidang video) boleh menjemput ahli yang tidak mempunyai akaun Facebook malah, panggilan juga tiada had masa.
Ini merupakan cara untuk anda melakukan sidang video di Messenger Room:
- Buka aplikasi Messenger
- Klik tab People di kanan bawah
- Klik Create Room, dan pilih ahli yang ingin anda sertai
- Untuk berkongsi Room dengan orang yang tidak mempunyai akaun Facebook, anda boleh kongsi pautan sidang video berkenaan dengan mereka. Anda juga boleh berkongsi ruangan di News Feed, Groups dan Events di akaun Facebook