Isnin, 22 Ogos 2022

Kejohanan Badminton Piala Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang Tahun 2022

 

Kejohanan Badminton Piala Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang telah diadakan pada 18 Ogos 2022 di Havona Sport Centre, Taman Sri Kluang. Gambar Para Peserta
 
 
Kejohanan badminton ini melibatkan penyertaan jabatan/agensi kerajaan di daerah Kluang seperti Pejabat Daerah Kluang, Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, Pejabat Kesihatan Daerah Kluang, Majlis Daerah Simpang Renggam dan Majlis Perbandaran Kluang.
 
Kejohanan badminton ini diadakan bertujuan untuk memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan penjawat awam di samping mengeratkan lagi hubungan di antara jabatan/agensi kerajaan di daerah Kluang. 
 
Tahniah kepada pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang yang telah berjaya menjadi johan keseluruhan Kejohanan Badminton Piala Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang Tahun 2022. Sesi penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohamad Yazid Bin Baharudin, Setiausaha Majlis Perbandaran Kluang, wakil rasmi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang. 
 
Turut hadir menyaksikan pertandingan ini ialah YDH ACP Bahrin Bin Mohd Noh, Ketua Polis Daerah Kluang, Tuan Haji Abdul Hakim Bin Abd Manap, Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam dan Ketua-Ketua Jabatan/Unit MPK. 
 
Sumber : Unit Komunikasi Korporat dan Kemasyarakatan 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan