Isnin, 31 Oktober 2022

SHUTTLE BUS PERCUMA KE HSA & HSI

Dalam meningkatkan lagi mutu perkhidmatan pengangkutan dan kesihatan awam kepada pengguna di sekitar Johor Bahru, sebuah perkhidmatan Shuttle Bus PERCUMA akan disediakan bagi pesakit dan pengunjung ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI).


Inisiatif bas ini akan dilaksanakan pada setiap Ahad hingga Khamis, seawal jam 6.30 pagi hingga 6.00 petang, di mana laluan ke HSA akan bermula pada 30 Oktober ini, manakala laluan ke HSI akan bermula pada 01 November 2022.


Kekerapan bas pula dijadualkan setiap 15 minit pada waktu pagi dan setengah jam pada waktu petang. Ini juga dapat membantu perancangan perjalanan bagi mereka yang perlu dapatkan rawatan. 


Dengan adanya dua laluan berasingan, setiap satu akan bermula di sebuah lokasi yang mempunyai ruang tempat letak kenderaan yang mencukupi, sekali gus menangani isu menunggu lama untuk mendapatkan ruang parkir di kedua-dua hospital tersebut. 


Semoga usaha ini akan memberi manfaat kepada pesakit serta pengunjung yang perlu ke kedua-dua hospital tersebut. Terima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan & Infrastruktur Negeri, YB Tuan Ir. Ts. Fazli Salleh serta En Malik CEO Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) di atas pelaksanaan inisiatif ini.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan