Selasa, 8 November 2022

Petua Selamat Pengkomputeran.

Keselamatan siber adalah tanggungjawab semua orang. Petua di bawah merupakan salah satu cara untuk anda kekal berwaspada. 


1) Memastikan perisian terkini. Hidupkan kemaskini secara automatik untuk sistem pengendalian. 

2) Berhati-hati dengan emel dan panggilan telefon yang mencurigakan. Sentiasa berasa curiga terhadap sebarang mesej emel atau panggilan telefon yang kelihatan rasmi yang meminta maklumat peribadi atau maklumat kewangan. 

3) Mengamalkan pengurusan kata laluan yang baik. Membuat kata laluan yang sukar diketahui atau diteka. 

4) Berhati-hati dengan apa yang diklik. Elakkan melayari web site yang tidak diketahui atau memuat turun perisian daripada sumber yang tidak dipercayai. 

5) Jangan meninggalkan peranti tanpa pengawasan. Kunci skrin atau tutup peranti anda apabila tidak digunakan. 

6) Melindungi data yang harus dilindungi. Membuang fail data sensitif dengan selamat daripada sistem apabila ia tidak lagi diperlukan dan sentiasa menggunakan penyulitan apabila menyimpan atau menghantar  data sensitif.

7) Gunakan peranti mudah alih dengan selamat. Mengunci peranti dengan kata laluan dan elakkan menyimpan data peribadi di peranti mudah alih. 

8) Pasang perlindungan antivirus atau anti-perisian hasad. Memuat turun program ini daripada sumber yang diketahui dan dipercayai.

9) Menyimpan salinan data secara kerap agar data yang tidak penting tidak hilang serta merta sekiranya berlaku sebarang permasalahan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan